COVID-19: Singapura lapor 447 kes baharu

68 peratus dikaitkan dengan kluster yang sudah dikenal pasti sebelumnya, manakala pengesanan kontak sedang dilakukan untuk kes-kes lain.

SINGAPURA: Singapura melaporkan 447 kes COVID-19 baharu pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 3,699.

Daripada jumlah itu, 68 peratus dikaitkan dengan kluster yang sudah dikenal pasti sebelum ini, manakala pengesanan kontak sedang dilakukan untuk kes-kes lain, kata Kementerian Kesihatan Singapura.

Sebanyak 404 kes baharu datang dari asrama pekerja asing, lima daripadanya ialah pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

Empat kluster baharu dikenal pasti, termasuk tiga kluster asrama pekerja asing.

Jumlah kes baharu dalam kalangan pemegang permit kerja meningkat dengan ketara disebabkan usaha berterusan kerajaan melakukan saringan terhadap pekerja.

Seramai 41 pesakit telah didiscaj dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan 652 pesakit telah pulih sepenuhnya.

Setakat ini, jumlah kematian kekal pada angka 10 orang.