COVID-19: Tak dibekalkan topeng, jururawat ini terpaksa letak jawatan

Dalam esakan, Vera menceritakan bagaimana dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja. – Instagram/nurse.iv

TENNESSEE: Seorang jururawat di sebuah hospital di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan kerana mendakwa tidak diberi perlindungan sewajarnya ketika dia dan petugas perubatan lain bertungkus lumus merawat pesakit COVID-19.

Brandi Rahmanian berkata hospital di mana dia bertugas mengikuti semua garis panduan yang diberi Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), tetapi mendakwa petugas tidak diberikan topeng perlindungan N95 ketika berurusan dengan pesakit yang tidak mempunyai gejala.

"Saya dimaklumkan kami mempunyai bekalan topeng yang cukup tetapi berkemungkinan bekalan akan habis tidak lama lagi.

"Saya menyatakan kebimbangan dan beritahu mereka, kami sepatutnya mengenakan topeng setiap kali kami masuk ke bilik pesakit yang disyaki atau yang sudah disahkan positif," katanya kepada stesen televisyen WATE 6.

Dalam kes hampir serupa di Chicago, seorang jururawat, Imaris Vera meletak jawatan selepas pentadbir hospital menghalangnya daripada memakai topeng pelindung N95 yang dibawanya sendiri.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

I chose

"Saya mempunyai bekalan topeng N95 sendiri. Saya beritahu pengurus, saya faham kita kekurangan bekalan, tetapi berilah peluang saya melindungi diri sendiri. Sayangnya saya tak dibenar berbuat demikian.

"Saya ada keluarga. Apa yang terjadi di hospital itu tidak akan membantu keadaan menjadi lebih baik.

"Amerika tidak bersedia, dan jururawat tidak diberi perlindungan," katanya dalam video yang dimuat naik di media sosial.

"Saya sayangkan kerjaya saya, tetapi hari ini saya pilih untuk hidup," katanya dalam esakan.