COVID-19: Tiada kematian baharu, 32 kes positif import di China

Setakat Selasa, China mengesahkan terdapat 1,242 kes yang sedang menerima rawatan dan 1,033 kes tanpa gejala kini dalam keadaan isolasi dan sedang dipantau. – Gambar fail

TIADA kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan di China sejak 24 jam lalu.

Bagaimanapun, republik itu masih merekodkan penambahan kes import dengan 32 kes baharu dicatatkan pada Selasa.

Menurut Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Mi Feng kesemua kes baharu itu melibatkan rakyat mereka yang baru pulang dari luar negara.

"Terdapat 32 kes baharu positif COVID-19, kesemuanya kes import dari luar negara. Daripada jumlah itu, 20 kes direkodkan di wilayah Heilongjiang, tiga dari Mongolia, dua dari wilayah Liaoning dan Shanghai, satu di Zhejiang, Shandong, Guangdong, Fujian dan Sichuan.

"Namun, tiada kematian baharu direkodkan. Setakat ini juga, terdapat 12 kes suspek positif, yang juga dipercayai kes import," jelasnya. 

BACA: COVID-19: 1.33 juta positif, lebih 50,000 pertambahan kes dalam sehari

Setakat Selasa, China mengesahkan terdapat 1,242 kes yang sedang menerima rawatan dan 1,033 kes tanpa gejala kini dalam keadaan isolasi dan sedang dipantau.

Secara kumulatif, China merekodkan 3,331 kematian dengan 81,740 kes positif COVID-19.

BACA: Penghormatan terakhir buat mangsa korban akibat COVID-19 di China