COVID-19: UK mahu kaji semula langkah penjarakan sosial

UK dijangka mengkaji semula langkah penjarakan sosial yang ada pada ketika ini dalam beberapa minggu akan datang. – Gambar file

LONDON: United Kingdom (UK) dijangka mengkaji semula langkah penjarakan sosial yang ada pada ketika ini dalam beberapa minggu akan datang.

Menurut Setiausaha Alam Sekitar UK, sebarang keputusan baharu akan dilakukan berdasarkan data perubatan dan sains terkini.

Menurutnya, penting bagi UK tidak mengambil keputusan tergesa-gesa untuk mengelakkan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19.

UK pada Ahad mencatatkan 413 kematian baru. Angka berkenaan menjadikan kematian terkumpul sebanyak 20,732 orang.

Angka positif meningkat 4,000 kes kepada 152,000 orang.