Dedah 3 imej UFO

Washington: Pentagon mengesahkan tiga video juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang mengesan objek terbang yang tidak dikenal pasti.

Menerusi video berkenaan, Pentagon mengklasifikasikan kejadian itu sebagai fenomena penerbangan yang tidak dapat dijelaskan.

Video itu diubah statusnya bagi membolehkannya ia didedah kepada umum.

The Guardian melaporkan, ada sesetengah pihak mendakwa objek berkenaan adalah objek terbang tidak dikenali (UFO).

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataannya berkata, pendedahan video berkenaan dibuat bagi mengelakkan salah faham masyarakat mengenai ketulenan rakaman itu.

“Selepas penilaian, jabatan mengesahkan tiada unsur sensitif terhadap keupayaan dan sistem dalam video berkenaan.

“Ia juga tidak membabitkan serangan udara oleh pasukan tentera terhadap fenomena penerbangan yang tidak dikenal pasti,” katanya.

Video berkenaan sebelum ini tular di Internet pada 2007 dan 2017 dan sehingga kini, imej dalam rakaman itu belum dikenal pasti.

Tiga rakaman video itu menunjukkan juruterbang melihat objek berkenaan ketika latihan penerbangan pada 2004 dan 2015.

Dua daripada rakaman itu disiarkan New York Times pada 2017, manakala satu lagi video didedahkan kumpulan Akademi Sains dan Seni Stars.

Pendedahan dibuat Pentagon itu menambah keyakinan terhadap ketulenan video berkenaan.