Dibunuh kerana enggan kahwin sepupu

Ankara: Enggan menikahi sepupunya menyebabkan seorang wanita di Kirsehir, tengah Turki dibunuh keluarganya pada malam tahun baharu lalu.

Vilda Ince, 24, sebelum itu didesak keluarga untuk menikahi sepupunya namun dia menolak permintaan berkenaan.

Malah, teman lelakinya yang dikenali sebagai Osman Celik, 25, turut dibunuh oleh keluarga mereka.

Menerusi portal The Sun, pasangan itu dikatakan menghilangkan diri sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan keluarga mangsa terpaksa mencarinya.

Namun, pada malam tahun baharu, pasangan itu dikesan muncul di satu pesta di Kirsehir dan ia diketahui keluarga wanita itu.

Keluarga wanita terbabit kemudian menjemput mereka ke rumah dengan alasan untuk ‘berdamai’.

Pada akhirnya, Vilda dan Osman terlihat muncul dalam sebuah pesta Malam Tahun Baru di Kirsehir, wilayah tengah Turki .

Tanpa sebarang curiga, pasangan itu kemudian pergi ke rumah yang dimaksudkan ahli keluarganya untuk berbincang.

Sebaik tiba, mangsa dibawa ke bilik mandi sebelum mereka dibunuh ahli keluarga.

Mayat kedua-duanya kemudian dibawa ke sebuah kawasan di kampung berkenaan dan ditanam di situ.

Kejadian hanya disedari selepas ahli keluarga lelaki terbabit gagal menghubunginya sebelum memaklumkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Keluarga wanita itu ditahan kerana siasatan lanjut mendapati mereka terbabit dalam kejadian berkenaan.