Dron pantau penyakit

WASHINGTON: Sebuah syarikat pembuatan pesawat di Amerika Syarikat (AS), Draganfly menjadi perintis dalam penggunaan dron untuk mengesan individu yang bergejala penyakit berjangkit.

Daily Star melaporkan, dron pandemik itu juga berupaya membaca suhu, kadar degupan jantung dan mengukur jarak sosial antara individu sejauh 58 meter.

Dron itu dilengkapi sistem penglihatan pintar yang boleh mengesan pergerakan sama ada seseorang berdiri atau batuk.

Menerusi ujian dilakukan Draganfly dari atas padang bola di Westport iaitu pusat wabak Covid-19 di Connecticut, ia dapat mengesan sekumpulan individu dan pergerakan mereka.

Sensor merah dapat mengesan sama ada individu itu berdiri hampir dengan satu sama lain, manakala kod hijau menunjukkan mereka mengikut garis panduan penjarakan sosial.

PEMANTAUAN dron di padang bola sepak. FOTO Draganfly
PEMANTAUAN dron di padang bola sepak. FOTO Draganfly

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cameron Shell berkata, Jabatan Polis Westport memanfaatkan teknologi itu demi keselamatan penduduk.

“Pandemik ini membuka peluang untuk ciptaan dron lebih maju.

“Ini menjadikan kami bandar pertama menggunakan teknologi seperti ini. Ia bukan sahaja berupaya menganalisis data, sekali gus menyelamatkan nyawa manusia,” katanya.

Cameron, bagaimanapun berkata, sistem tidak mengumpul maklumat individu secara khusus, tetapi mengambil populasi sampel untuk membantu pegawai kesihatan mengekang penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19