Duterte umum kuarantin di Greater Manila setelah lebih 100,000 kes COVID-19 direkod

Duterte pada Ahad umum beberapa kawasan diletakkan dalam status kuarantin yang lebih ketat. – Robinson Ninal Jr./Malacanang Presidential Photogr

MANILA: Kes positif COVID-19 di Filipina melepasi 100,000 pada Ahad.

Susulan daripada gesaan berkenaan, Presiden Rodrigo Duterte pada Ahad mengumumkan beberapa kawasan diletakkan dalam status kuarantin yang lebih ketat.

Tindakan itu memberikan kelegaan kepada pekerja kesihatan.

Sebelum ini petugas kesihatan melaporkan negara berkenaan berdepan cabaran yang sukar menentang penularan virus itu.

Mereka sebelum itu turut menggesa Duterte untuk mengenakan kembali arahan tinggal di rumah.

Ini termasuk Metro Manila, Laguna, Rizal dan Cavite bermula 4 ke 18 Ogos.

Langkah lain termasuk elaun untuk pekerja kesihatan dan pengambilan 10,000 pekerja kesihatan baru dan mengedarkan pelitup muka kepada penduduk pendapatan rendah.

Jabatan Kesihatan Filipina melaporkan kes harian tertinggi, sebanyak 5,000 kes pada Ahad.

Filipina juga melaporkan kadar kematian terkumpul lebih 2,000 akibat COVID-19.

Filipina mempunyai kes kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia.

Sebelum ini, Duterte mengurangkan arahan tinggal di rumah di Manila pada 1 Jun selepas ekonomi negara berkenaan menguncup pada suku pertama iaitu kali pertama dalam lebih dua dekad.

Petugas kesihatan terdahulu menggesa Duterte untuk kenakan kembali arahan tinggal di rumah untuk membolehkan mereka merangka semula strategi untuk menguruskan penularan COVID-19.