Empat beradik maut dihanyut arus sungai

Polis berkata, usaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang diteruskan oleh pihak berkuasa dari pelbagai agensi dengan bantuan penduduk tempatan

KENTUCKY : Sekurang-kurangnya empat adik-beradik maut dan seorang lagi masih hilang selepas kereta yang dinaiki dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi anak sungai di Kentucky, Amerika Syarikat.

Menurut pihak berkuasa, ketika kejadian di Bath County itu, enam orang dipercayai berada dalam kereta tersebut.

"Dan ketika mereka mamsuki dalam air (sungai), mereka perasan air sungai semakin dalam.

"Apabila mereka cuba untuk keluar, kereta mula hilang kawalan dan air semakin dalam, dan akhirnya kereta itu terbalik," ujar Scoot Ferrell, seorang anggota polis di Kentucky.

Kenderaan yang dinaiki empat beradik itu dilaporkan terbalik dan menghanyutkan mangsa-mangsa berkenaan.

Empat beradik itu berjaya ditemui dan disahkan meninggal dunia.

Polis berkata, usaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang diteruskan oleh pihak berkuasa dari pelbagai agensi dengan bantuan penduduk tempatan.

Tambahnya, air sungai yang surut dijangka memudahkan operasi pencarian mangsa.