Facebook keluar ‘amaran’ kepada pengguna tular maklumat palsu COVID-19

ok telah membuang ratusan ribu maklumat palsu namun memberi amaran masih terdapat kira-kira 40 juta lagi catatan meragukan. – REUTERS/Stephen Lam/Files

FACEBOOK akan mula memberi 'amaran' kepada pengguna yang memuat naik hantaran tidak benar mengenai COVID-19 dan akan menghubungkannya dengan maklumat yang tepat.

Gergasi media sosial itu yang turut memiliki rangkaian aplikasi Instagram dan WhatsApp, memaklumkan mereka sedang berusaha untuk mengawal lambakan maklumat palsu yang disebar pengguna tidak bertanggungjawab.

Facebook telah membuang ratusan ribu maklumat palsu sejak bulan lalu namun memberi amaran masih terdapat kira-kira 40 juta lagi catatan meragukan yang berkaitan dengan virus di platform berkenaan.

"Kami akan melancarkan ciri baharu yang dinamakan Get The Facts, yang akan memaparkan artikel yang sudah disahkan mengenai COVID-19.

"Facebook akan mula menunjukkan mesej pada paparan News Feed kepada mereka yang pernah terbabit dengan maklumat palsu atau salah berkaitan COVID-19, dan menghubungkan mereka dengan maklumat yang tepat," kata CEO Mark Zuckerberg dalam satu hantaran.

Ini termasuk juga mereka yang pernah menyukai, memberi reaksi atau memberi komen pada siaran tersebut, kata Facebook.