Gempa 5.5 magnitud gegar Jepun

Satu gempa bumi berkekuatan 5.5 magnitud menggegarkan wilayah Nagano di Jepun sebentar tadi.

TOKYO: Satu gempa bumi berkekuatan 5.5 magnitud menggegarkan wilayah Nagano di Jepun sebentar tadi.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa jam 1.44 petang waktu tempatan (12.44 waktu Malaysia) itu dikesan berpusat pada kedudukan 300 km dari Tokyo dan pada kedalaman 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.