Hanya 0.07 peratus sampel rambang didapati positif COVID-19 di Wuhan

Sejumlah 275,400 ujian asid nukleik dilakukan di bandar tersebut sejak 8 hingga 15 April lalu untuk menilai jangkitan COVID-19 yang tidak menunjukkan simptom selepas 182 kes tiada gejala dilaporkan. -Gambar hiasan

PIHAK berkuasa kesihatan Wuhan memaklumkan hanya 0.07 peratus sampel rambang yang dijalankan terhadap pesakit COVID-19 didapati dijangkiti wabak itu.

Sampel tersebut diambil dalam kalangan pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala termasuk pekerja yang kembali bekerja dan rakyat yang kembali ke bandar itu.

Ujian tersebut dijalankan selepas orang ramai kembali bimbang tentang penularan wabak itu susulan perintah berkurung ditarik semula minggu lalu.

Sejumlah 275,400 ujian asid nukleik dilakukan di bandar tersebut sejak 8 hingga 15 April lalu untuk menilai jangkitan COVID-19 yang tidak menunjukkan simptom selepas 182 kes tiada gejala dilaporkan.

BACA: AS dakwa makmal keselamatan bio di pinggir bandar Wuhan punca kepada COVID-19

BACA: Wuhan akhirnya dibuka setelah 76 hari berkurung

Bagi tujuan sama, Wuhan turut melakukan ujian antibodi terhadap 11,000 penduduk dari 13 daerah.

Setakat Sabtu, China melaporkan 27 kes baharu positif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 20 kes dilaporkan di wilayah Heilongjiang dan 13 warga China yang baru pulang dari Rusia.

Angka korban akibat wabak itu meningkat secara mendadak selepas proses semak semula dijalankan baru-baru ini menjadikan jumlah kumulatif kematian  adalah 4,632 kes.