Harian Metro mohon maaf

Kuala Lumpur: Harian Metro ingin menjelaskan kekeliruan yang tercetus berkaitan satu laporan kematian seorang jururawat di Sungai Petani, Kedah yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu lalu.

Laporan itu yang disiarkan di laman web Harian Metro tidak bermaksud menggambarkan wanita berkenaan terkena serangan jantung berpunca daripada pengambilan vaksin Covid-19 sebelumnya.

Pemilihan tajuk berita yang tidak tepat menyebabkan timbul andaian kematian berkenaan berpunca daripada suntikan vaksin.

Justeru, Harian Metro memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang mencetuskan keresahan mana-mana pihak sejak berita berkenaan berlegar di media sosial.

Harian Metro akan terus menunaikan tanggungjawabnya sebagai penyampai maklumat dengan penuh berintegriti dan menyokong usaha murni kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19