Hong Kong akan edarkan penutup hidung dan mulut pakai semula

Penutup hidung dan mulut tu dibuat dengan kain khas menggunakan tembaga, mempunyai enam lapisan termasuk penapis, dan boleh dicuci sebanyak 60 kali dengan sabun dan air sebelum menggantikan penapis.

HONG KONG: Hong Kong memperkenalkan penutup hidung dan mulut yang boleh digunakan semula sebagai langkah keselamatan selepas arahan penjarakan sosial akan ditarik balik dalam masa dua minggu lagi.

Ia dibuat dengan fabrik khas menggunakan tembaga, mempunyai enam lapisan termasuk penapis, dan boleh dicuci sebanyak 60 kali dengan sabun dan air sebelum menggantikan penapisnya.

Menurut pihak berkuasa, semua penduduk Hong Kong akan menerima topeng berkenaan dengan setiap isi rumah juga akan menerima kit topeng pakai buang.

Selain itu, sekolah, dan rumah-rumah kebajikan juga akan menerima kit yang sama.

Projek ini adalah usahasama antara pemerintah dan para pelajar dari Institut Tekstil dan Pakaian Penyelidikan Hong Kong.

Penggunaan semula penutup hidung dan mulut ini merupakan sebahagian daripada penyediaan topeng yang lebih besar yang dianjurkan kerajaan.

Projek tersebut dianggarkan bernilai 800 juta dolar Hong Kong.

Hong Kong tidak melaporkan jangkitan kes tempatan selama 16 hari berturut dan jumlah kes COVID-19 dilaporkan lebih dari 1,000 dengan empat kematian.