Hulu Selangor kini zon merah

HULU Selangor kini dikategori zon merah selepas merekodkan 40 kes positif Covid-19, semalam.

Sebelum itu, lima daerah di Selangor diisytihar zon merah iaitu Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Jabatan Kesihatan Selangor, sebanyak 59 kes dilaporkan di negeri ini sehingga malam tadi dan sebahagian besar di Hulu Langat.

Keseluruhan Selangor mencatatkan 1,066 kes dengan Hulu Langat (357 kes), Petaling (310 kes), Klang (133 kes), Gombak (113 kes), Sepang (49 kes), Hulu Selangor (40 kes), Kuala Selangor (27 kes), Kuala Langat (24 kes) dan Sabak Bernam (13 kes).

Sehingga kini, lapan kematian turut direkodkan dan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui di Hulu Langat kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 13 April.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19