Kelonggaran PKP bukti kejayaan negara tangani Covid-19 [METROTV]

“BEBERAPA minggu lalu, kita bimbang jangkitan ini (Covid-19) berlaku kenaikan tinggi.

“Disebabkan itu kita meminta penangguhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beberapa minggu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan berharap ia semakin baik.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat (kepada kerajaan) sebelum tindakan seterusnya.

DR Noor Hisham Abdullah. FOTO BERNAMA
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO BERNAMA

“Tujuan utama kita untuk melandaikan lekuk jangkitan dan kita berjaya melakukannya serta membuat langkah mengekang sejak awal lagi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan melonggarkan PKP fasa empat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kejayaan semua pihak melandaikan jangkitan Covid-19.

Katanya, pada awal pelaksanaan tiada impak ekonomi berlaku dan keputusan terbaharu dibincangkan secara kolektif oleh semua pihak terbabit.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19