Kenya mulakan hari pertama rutin selepas pelonggaran sekatan

Nigeria mencatatkan 2,802 kes positif COVID-19 dengan 93 kematian. – Reuters

LAGOS: Sebilangan jenis perniagaan dibuka semula di beberapa bandar utama di Nigeria pada Isnin selepas kerajaan memberi kelonggaran sekatan secara bertahap.

Presiden Muhammadu Buhari pada Isnin lalu bersetuju untuk melonggarkan sekatan secara bertahap melibatkan bandar-bandar di negara itu.

Antara bandar terlibat, Aguja, Lagos dan Ogun.

Bagaimanapun penguatkuasaan perintah berkurung tetap dijalankan.

Beberapa penduduk ditahan polis di bandar Lagos, selepas didapati melanggar perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan.

Data Johns Hopkins mendedahkan, Nigeria mencatatkan 2,802 kes positif COVID-19 dengan 93 kematian.