Kerusi kosong di tengah dataran sebagai tanda protes

Pemilik bar dan restoran di Milan meletakkan kerusi kosong di hadapan Arco della Pace sebagai tanda protes terhadap kerajaan

MILAN: Ratusan pemilik bar dan restoran di Milan meletakkan kerusi kosong di hadapan Arco della Pace pada Rabu, dalam protes yang diadakan bagi menuntut pelan kerajaan dan bantuan untuk mereka bertahan semasa perintah 'lockdown'.

Restoran dan bar hanya boleh dibuka kepada pelanggan bermula 1 Jun ini.

Majoriti pengusaha mendakwa sebanyak 2,000 dari 7,000 restoran dan bar di bandar berkenaan mungkin tidak dapat bertahan lama.

Mereka mendesak agar cukai diturunkan sehingga mereka mampu bertahan dari kekurangan pendapatan sejak sekatan dilaksanakan pada 24 Februari, lalu.

Pendapatan mereka menurun sekurang-kurangnya 70 peratus selepas restoran dan bar kembali beroperasi dengan bersyarat.

Jutaan rakyat Itali dibenarkan bekerja dan memulakan semula operasi perniagaan selepas menjalani perintah lockdown sejak Februari lalu.