Kes import di China semakin reda, kes tempatan pula kini meningkat

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional, kes import baharu menurun kepada 34 pada Rabu berbanding 36 hari sebelumnya sekali gus merekodkan penurunan selama hari ketiga berturut-turut. – Reuters

Jumlah kes import COVID-19 yang melibatkan orang luar di negara China mula menunjukkan kadar penurunan pada Khamis.

Bagaimanapun, kes jangkitan tempatan pula disahkan meningkat. Pada Khamis, Beijing merekodkan satu kes baharu buat pertama kali selepas lebih tiga minggu tidak mencatatkan sebarang kes.

Sebagai mengelakkan kes positif di negara itu kembali secara berleluasa, kebanyakan wilayah di China mula menawarkan ujian saringan kepada orang ramai.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional, kes import baharu menurun kepada 34 pada Rabu berbanding 36 hari sebelumnya sekali gus merekodkan penurunan selama hari ketiga berturut-turut.

Ia adalah susulan daripada negara itu yang kini giat melaksanakan pemeriksaan sempadan yang ketat, pengurangan penerbangan antarabangsa, dan larangan masuk oleh orang asing.

Bagaimanapun, jumlah kes tempatan yang dicatatkan meningkat kepada 12 berbanding 10 pada hari sebelumnya, dengan Beijing menyaksikan tiga kes tempatan yang baharu pertama sejak 23 Mac.

Pada masa sama, kerajaan China menawarkan kupon kepada rakyatnya bagi merangsangkan semula ekonomi yang terjejas akibat wabak berkenaan.

Pada Jumaat, China dijangka mengalami kemelesetan ekonomi sebanyak 6.5 peratus pada suku pertama, yang juga bakal menjadi kemelesetan besar pertama sejak 1992.

Kes tempatan baru yang lain pada Rabu ialah direkodkan di wilayah Heilongjiang dan Guangdong, yang kedua-duanya telah menyekat kemasukan pelancong yang dijangkiti.

Secara keseluruhan, tanah besar China mengesakan 46 kes baharu pada Rabu, menjadikan jumlah kes positif di negara itu mencecah kepada 82,341.

BACA: COVID-19: Kes kematian meningkat kepada lebih 133,000 

BACA: Saluran TV China senaraikan Dr Noor Hisham antara tiga doktor terbaik dan diyakini