Kes positif COVID-19 cecah 2.7 juta seluruh dunia

Kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.7 juta setakat awal pagi ini. -Gambar fail

KES positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.7 juta setakat awal pagi ini.

Data Johns Hopkins Univerisity menunjukkan pertambahan lebih 60,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Tujuh negara mencatatkan angka positif melebihi 100,000.

Sepanyol menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk berada dalam kelompok negara mempunyai kes positif melepasi angka 200,000 dengan jumlah keseluruhan 213,024 kes.

Sepanyol mencatatkan peningkatan melebihi 4,000 kes baharu.

Amerika Syarikat (AS) kekal paling teruk terjejas dengan lebih 873,000 kes selepas pertambahan lebih 17,000 kes baharu.

Sementara itu, Itali dan Perancis masing-masing mencatatkan 189,973 kes dan 159,460 kes secara keseluruhan.

Jerman dan United Kingdom pula mencatatkan angka positif melebihi 100,000 dengan 151,784 dan 139,246 kes baharu.

Dalam pada itu, Turki hari ini melepasi angka 100,000 kes baharu dengan keseluruhan 101,790 kes selepas pertambahan lebih 3,000 kes positif.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi  732,647 di seluruh dunia.