KKM akan ambil tindakan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penjualan rokok seludup secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilaporkan Harian Metro, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita (KKM) sebelum ini sudah menasihatkan orang ramai kalau boleh ambil peluang (tempoh PKP) untuk berhenti merokok.

“Tindakan seterusnya kita akan ambil untuk penjualan online (secara dalam talian) ini,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, penyeludup rokok kini dikesan mengambil kesempatan memasarkan rokok murah mereka dalam laman sesawang pemasaran sepanjang PKP dan membuat hantaran terus ke pintu rumah pelanggan sebaik membuat tempahan termasuk bayaran.

Ketika rokok semakin kehabisan stok di kedai-kedai runcit kerana larangan pergerakan industri yang bukan di dalam essential goods, rokok murah yang dijual dalam talian terpaksa menjadi pilihan.

Sumber berkata, disebabkan tiada kawalan, urus niaga jual beli rokok dalam talian semakin menjadi pilihan sindiket, peniaga bergerak secara individu, malah penggemar rokok murah yang diseludup masuk itu.

Berita berkaitan

• Perokok tegar beralih ke pembelian secara online kerana PKP

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan