KKM kesan kluster pelajar dari Magetan, Indonesia [METROTV]

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster ini terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan, seramai 34 orang telah dikuarantin di Melaka dan sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan. Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

  • Lagi berita berkaitan Covid-19