Lambaian terakhir Md Rayhan

LELAKI warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir sempat melambaikan tangannya kepada pengamal media sebelum keluar dari negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Md Rayhan yang mencetuskan kontroversi dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam tadi.

Terdahulu, Md Rayhan dilihat tiba di KLIA menaiki van Jabatan Imigresen (JIM) pada 9 malam diiringi lapan pegawai jabatan berkenaan dan tangannya bergari.

Pada 5 Ogos lalu, Ketua Pengarah JIM dilaporkan berkata, Md Rayhan akan dihantar pulang ke negara asalnya.

Beliau dipetik sebagai berkata, Md Rayhan akan akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan.

Pada 24 Julai lalu, media melaporkan Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Berita berkaitan:

  • Md Rayhan dihantar pulang selama-lamanya…
  • Md Rayhan Kabir dihantar pulang tanpa didakwa
  • Polis dapat waran geledah tiga stesen penyiaran
  • Md Rayhan mohon maaf, tak berniat sakiti hati rakyat Malaysia
  • ‘Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu’: Md Rayhan
  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • Hormatilah tuan rumah
  • Permit kerja Rayhan Kabir sudah dibatalkan
  • ‘Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang’: KPN
  • Laporan Al Jazeera ada kecenderungan burukkan nama Malaysia [METROTV]
  • Kakitangan Al Jazeera buat laporan polis, rasa terancam
  • Al Jazeera pertahan ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’
  • Tidak kenang budi
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen