Leher dijerut punca kematian

WANITA warga emas yang maut selepas dipukul dan dipijak di Kampung Pasir Panjang, Sitiawan, Ahad lalu turut dijerut pada lehernya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, punca kematiannya akibat leher mangsa dijerut dengan menggunakan kain oleh suspek berusia 65 tahun.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia tiada rekod penyakit mental.

“Bagaimanapun suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau membabitkan kes curi.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro melaporkan Zaharah Khalid, 76, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan separuh tenggelam dalam parit di Kampung Pasir Panjang, Sitiawan pada 2 pagi, Isnin lalu.

Berita berkaitan:

  • Kenapalah kejam sangat…
  • Pijak warga emas sampai mati