Lelaki jalan pulang ke Kelantan kuarantin diri [METROTV]

LELAKI yang pulang ke Kelantan dengan berjalan dari Ipoh mengambil inisiatif untuk kuarantin sendiri di rumahnya di Kampung Air Gatal, Tanah Merah.

Muhammad Noor Ramli, 29, yang ditemui berkata, meskipun tidak diwajibkan melakukan prosedur itu, dia tetap melakukannya sebagai pencegahan Covid-19.

“Saya hadir ke Klinik Kesihatan Batu Gajah hari ini, namun tidak perlu membuat saringan Covid-19 memandangkan sihat walafiat.

“Bagaimanapun, saya perlu hadir sekiranya mengalami demam atau batuk serta gejala lain.

“Jadi saya akan duduk sahaja di rumah, kuarantin sendiri,” katanya.

MUHAMAMD Noor bersama isteri, Siti Nor Fateng Shafie, 29, dan tiga anak mereka. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim.
MUHAMAMD Noor bersama isteri, Siti Nor Fateng Shafie, 29, dan tiga anak mereka. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim.

Bapa tiga anak itu juga memberitahu diminta menjalani pemeriksaan kesihatan semula sekiranya menunjukkan gejala wabak dalam tempoh 14 hari.

Muhammad Noor menarik perhatian warganet selepas kisahnya berjalan untuk pulang ke rumah di Tanah Merah, Kelantan tular di Facebook.

Dia berjalan lebih 400 kilometer (km) ke Ipoh sebelum dibantu pihak berkuasa dan menumpang lori.

Berita berkaitan:

• Jalan kaki nak balik Kelantan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19