Long Tiger dah kena tangkap.

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu, esok.

“Benar, setakat ini saya mengesahkan tangkapan suspek itu,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui WhatsApp hari ini.

Tular di media sosial video berdurasi 14 saat yang memaparkan individu berbaju T hijau serta berseluar ungu dan bergari dikaitkan dengan Long Tiger ditahan.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.