Mayat bakal pengantin lelaki dijumpai [METROTV]

Marang: Mayat bakal pengantin lelaki ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, di sini, hari ini.

Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada jam 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan lemas

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pasukan penyelamat yang diketuai beliau melakukan rondaan sebelum menemui mayat lelaki di pantai berkenaan.

“Kita sudah memanggil ayah mangsa untuk membuat pengecaman sebelum dia mengesahkan mayat itu adalah anaknya.

“Berdasarkan keadaan mayat itu, tiada sebarang kecederaan dan mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Marang sebaik pihak forensik selepas melakukan siasatan.

“Dengan penemuan mayat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan lelaki yang dilaporkan lemas di Pantai Kelulut ditamatkan jam 11 pagi dan fokus kita kini pada pencarian kes lemas di Pantai Jambu Bongkok, di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Kampung Kelulut, di sini, hari ini.

Media melaporkan dua lelaki termasuk seorang bakal pengantin dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut dan Pantai Jambu Bongkok, di sini, kelmarin.

MAYAT Naim Hariri dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah. (Gambar kecil) Allahyarham Naim Hariri. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
MAYAT Naim Hariri dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah. (Gambar kecil) Allahyarham Naim Hariri. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

Dalam kejadian jam 6.40 petang di Pantai Kelulut, bakal pengantin, Naim Hariri hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di pantai berkenaan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 48 tahun dari Hulu Terengganu pula dikhuatiri lemas selepas mandi bersama enam rakannya sebelum ditarik ombak ke tengah laut di Pantai Jambu Bongkok.

Berita berkaitan

• Kenduri diteruskan walau tiada pernikahan [METROTV]

• Ombak kuat cabaran pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas

• ‘Dua lelaki lemas masih belum ditemui’

• ‘Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan…’

• ‘Bakal pengantin lelaki dijadual bernikah hari ini dikhuatiri lemas [METROTV]’

• ‘Lelaki ajak rakan mandi laut dikhuatiri lemas’