Md Rayhan dihantar pulang selama-lamanya…

LELAKI Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dihantar pulang ke negara asal malam ini.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki itu akan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pasukan pengusiran akan membawa Md Rayhan ke KLIA pada 9 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Md Rayhan akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.

Peguam belanya, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dilaporkan berkata, lelaki itu akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan Covid-19 selesai termasuk menunggu tiket penerbangan ke Bangladesh tersedia.

Terdahulu, Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu.

JIM pernah memohon bantuan orang ramai mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Ia susulan Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Berita berkaitan:

  • Md Rayhan Kabir dihantar pulang tanpa didakwa
  • Polis dapat waran geledah tiga stesen penyiaran
  • Md Rayhan mohon maaf, tak berniat sakiti hati rakyat Malaysia
  • ‘Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu’: Md Rayhan
  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • Hormatilah tuan rumah
  • Permit kerja Rayhan Kabir sudah dibatalkan
  • ‘Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang’: KPN
  • Laporan Al Jazeera ada kecenderungan burukkan nama Malaysia [METROTV]
  • Kakitangan Al Jazeera buat laporan polis, rasa terancam
  • Al Jazeera pertahan ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’
  • Tidak kenang budi
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen