Melaka Tengah kini zon merah

SEBUAH lagi daerah iaitu Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif Covid-19.

Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,148 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 13 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi zon merah seluruh Malaysia:

Perak

  • Hilir Perak: 6 kes

  • Kinta: 97

    Selangor

  • Sepang: 59

  • Petaling: 328

  • Hulu Langat: 368

  • Gombak: 123

  • Klang: 159

  • Hulu Selangor: 44

    Kuala Lumpur

  • Cheras: 64

  • Kepong: 114

  • Lembah Pantai: 427

  • Titiwangsa: 106

    Putrajaya: 49

    Negeri Sembilan

  • Seremban: 197

  • Rembau: 52

    Melaka

  • Jasin: 61

  • Melaka Tengah: 44

    Pahang

  • Kuantan: 53

  • Jerantut: 63

    Johor

  • Batu Pahat: 50

  • Kluang: 176

  • Johor Bharu: 171

    Kelantan

  • Kota Bharu: 86

    Sarawak

  • Kuching: 209

  • Kota Samarahan: 46

    Sabah

  • Tawau: 67

    JUMLAH: 3,279

  • Lagi berita berkaitan Covid-19