Misi bantuan Lubnan: Cyprus sumbang 70 tan makanan, ubatan

Antara kerosakan bangunan yang dapat dilihat susulan letupan kuat minggu lalu di Beirut, Lubnan, 11 Ogos, 2020. REUTERS

LUBNAN yang terkesan akibat letupan besar ammonia nitrat di Beirut pada 4 Ogos lalu terus menerima bantuan kemanusiaan daripada pelbagai pihak.

Terbaharu, rakyat Cyprus menerusi gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar 70 tan bantuan awal seperti makanan, peralatan perubatan dan generator elektrik kepada negara itu. 

Bantuan yang dihantar menggunakan kapal pengangkut tentera laut itu dijangka tiba di negara itu hari ini (Rabu).

Ahad lalu, Presiden Cyprus Nicos Anastasiades berkata, beliau sedia membenarkan lapangan terbang serta perairan negara itu digunakan oleh mana-mana negara bagi tujuan penghantaran bantuan kemanusian ke Lubnan.

VIDEO: Peletakan jawatan kerajaan Lubnan tidak cukup – Penunjuk perasaan

BACA: Letupan Beirut: Pentadbiran kerajaan Lubnan dijangka letak jawatan 

Cyprus adalah antara negara Eropah yang paling dekat dengan Lubnan, iaitu kira-kira 207 kilometer dari kota Beirut.

Letupan yang menggegarkan Beirut itu membunuh hampir 200 orang dan mencetuskan kemusnahan di seluruh bandar.

Punca letupan tidak diketahui dengan jelas tetapi pegawai mengaitkan letupan itu dengan 2,750 tan ammonium nitrat yang dirampas dan disimpan di gudang di pelabuhan Beirut selama enam tahun.

BACA: Rentetan peristiwa sebelum tercetusnya letupan besar Beirut

BACA: Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan 

VIDEO: Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada Lubnan

BACA: Letupan Beirut: Kerja pembersihan diteruskan seminggu selepas kejadian