Muhammad kekal nama bayi paling top

London: Nama Muhammad kekal menjadi nama bayi paling popular bagi 2020.

Ia berdasarkan kompilasi data yang dikumpulkan oleh BabyCentre iaitu syarikat media dalam talian yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Data itu diperoleh daripada pengguna berdaftar di portal syarikat berkenaan.

Mirror UK melaporkan Muhammad mendahului yang lain dalam senarai 100 nama popular pilihan ibu bapa untuk bayi lelaki.

Rekod itu kekal untuk dua tahun berturut-turut sejak tahun lalu.

Nama Sophia yang berada di tempat kedua pada tahun lalu kini menjadi pilihan utama kebanyakan ibu bapa di seluruh dunia dalam menamakan bayi perempuan mereka.

Ia meletakkan nama Olivia di tempat kedua dalam senarai 100 nama pilihan popular untuk bayi perempuan.

BabyCentre dalam kenyataannya memaklumkan trend pilihan nama pada tahun ini dipengaruhi oleh program disiarkan di televisyen.

“Pandemik menjadi sebab kita optimis dan cuba positif dengan memilih nama seperti adiwira,” kata Editor Pengurusan BabyCentre United Kingdom (UK), Sarah Redshaw.

Buktinya, nama Arabella iaitu karakter dan heroin dalam drama siri komedi I May Destroy You berada di tangga ke-57 dalam senarai 100 nama paling popular.

Faktor lain yang mempengaruhi adalah siri permainan video terkenal seperti Animal Crossing.

Jadi, tidak hairanlah apabila empat nama karakter iaitu Olivia, Amelia, Ava dan Freya tersenarai dalam 10 nama bayi paling popular tahun ini manakala yang lain seperti Alice pada tempat ke-16 dan Mabel membolosi senarai di tangga ke-97.

Selain itu, populariti personaliti media sosial di Instagram (IG) juga memberi idea kepada ibu bapa untuk menamakan bayi mereka.

TOP 5 NAMA POPULAR BAYI LELAKI

1. Muhammad

2. Noah

3. Oliver

4. Arthur

5. Leo

TOP 5 NAMA POPULAR BAYI PEREMPUAN

1. Sophia

2. Olivia

3. Amelia

4. Lily

5. Isla