Pejabat Al Jazeera diserbu

POLIS menyerbu pejabat agensi berita antarabangsa Al-Jazeera di Kuala Lumpur, hari ini bagi membantu siasatan berhubung laporan dokumentari agensi berita berkenaan.

Difahamkan serbuan 11.30 pagi tadi dilakukan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM).

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.

“Ya, saya mengesahkan serbuan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas bersama SKMM pada 11.30 pagi tadi.

“Beberapa dokumen turut dirampas bagi membantu siasatan,”katanya.

Pada 3 Julai lalu, dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 20 minit 50 saat mendakwa berlaku diskriminasi terhadap Pati ketika Malaysia mengendalikan langkah menangani pandemik Covid-19.

Susulan penyiaran yang didakwa berat sebelah dan tidak adil, polis memulakan siasatan terhadap Al Jazeera, malah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar media antarabangsa itu menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.

Pada 24 Julai lalu, individu yang ditemubual Al Jazeera berkenaan iaitu warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir ditahan ketika bersembunyi di kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Berita berkaitan:

  • Kertas siasatan Md Rayhan sedang dilengkapkan
  • Md Rayhan mohon maaf, tak berniat sakiti hati rakyat Malaysia
  • ‘Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu’: Md Rayhan

  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • Hormatilah tuan rumah
  • Permit kerja Rayhan Kabir sudah dibatalkan
  • ‘Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang’: KPN
  • Laporan Al Jazeera ada kecenderungan burukkan nama Malaysia [METROTV]
  • Kakitangan Al Jazeera buat laporan polis, rasa terancam
  • Al Jazeera pertahan ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’
  • Tidak kenang budi
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen