Pendapatan IG lagi lumayan

Los Angeles: Platform Instagram (IG) dan laman sosial dimanfaatkan sebaiknya oleh seorang guru wanita muda untuk menjana pendapatan sebagai personaliti media sosial dan model.

Riley Summers, 23, mula aktif sejak penutupan sekolah akibat Covid-19 dan meraih pendapatan dengan memuat naik gambar yang mencuri perhatian pengikutnya.

Daily Star melaporkan percubaan Riley tidak sia-sia apabila meraih pendapatan lebih tinggi daripada bekerja sebagai guru iaitu 6,000 Pound Sterling (RM32,150) dalam tempoh seminggu.

Menurut Riley, dia tiada pilihan melainkan aktif di laman sosial kerana hilang punca pendapatan yang dianggarkan sebanyak 27,000 Pound Sterling (kira-kira RM166,672) tahun ini sejak tidak mengajar.

Kini, dia sudah mengumpul 1.2 juta pengikut di IG.

“Saya kehilangan pekerjaan tetapi tidak menduga pintu lain terbuka buat saya.

“Saya masih baru di laman sosial tetapi sukakannya terutama apabila dapat berinteraksi dengan pengikut.

“Ia memberi saya keyakinan diri bagi memuat naik gambar untuk tatapan pengikut,” katanya

Meskipun sudah mempunyai teman istimewa, Riley sentiasa dihujani komen dan permintaan daripada pengikutnya yang mahu melamarnya menjadi isteri.

“Hampir setiap saat, saya menerima lamaran untuk berkahwin,” katanya.