Pengacara terkenal UK Piers Morgan alami simptom COVID-19

Pengacara rancangan Good Morning Britain itu berkata beliau sedang menunggu keputusan ujian saringan. -Foto/ Reuters

PENGACARA dan personaliti televisyen terkenal Britain, Piers Morgan tidak akan menghadirkan diri ke studio program Good Morning Britain setelah mengalami simptom COVID-19.

Pengacara Good Morning Britain di saluran ITV itu berkata, beliau sedang menunggu keputusan ujian saringan virus berkenaan. 

Menerusi laman Twitter, beliau berkata: “Sebagai langkah berjaga-jaga, saya telah mengambil ujian saringan COVID-19 dan tidak akan mengacarakan program GMB (Good Morning Britain) buat masa ini sehingga saya menerima keputusan tersebut,”.

Pasangan pengacara yang sering bersamanya dalam rancangan itu, Sussana Reid juga turut menjalani kuarantin sejak Mac lalu apabila anaknya didapati mengalami simptom wabak berkenaan.  

Antara personaliti terkenal Britain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini ialah Putera Charles, Tom Hanks dan Perdana Menteri Boris Johnson.

BACA: Tom Hanks, isteri dijangkiti COVID-19
BACA: Boris Johnson sah positif COVID-19