Penjawat awam dibenar bekerja dari rumah

KERAJAAN membenarkan penggiliran pekerja dan waktu kerja anjal kepada kakitangan awam yang mempunyai kesulitan penjagaan anak, bagi sektor awam yang akan mula beroperasi 4 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga menggalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat

“Mesyuarat juga digalakkan diadakan secara dalam talian menggunakan medium yang selamat.

“Saya minta supaya semua Ketua Jabatan mengadakan perbincangan di peringkat jabatan masing-masing untuk menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2020, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan