Pertambahan 217 positif Covid-19, 3 kematian [METROTV]

TIGA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 53 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 217 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 3,333 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 108 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj 60 orang, ini menjadikan 827 pesakit atau 24.81 peratus telah sembuh dan discaj hospital,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

DR Noor Hisham hadir pada sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham hadir pada sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

1) Kes kematian ke-51 (kes ke-2,561)

• Wanita warga Malaysia berusia 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

• Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac dan kemudian ke Institut Jantung Negara.

• Beliau disahkan meninggal dunia pada 2 April, 1.07 tengah hari.

2) Kes kematian ke-52 (kes ke-2122)

• Lelaki warga Malaysia berusia 52 tahun.

• Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 18 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 3 April, 7.55 pagi.

3) Kes kematian ke-53 (kes ke-2034)

• Wanita warga Malaysia berusia 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

• Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak pada 24 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 3 April, 9.30 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19