Pesakit tanpa simptom jalani pembedahan, sudahnya 10 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19

Minggu lalu sahaja, lebih daripada 200 doktor di Moscow dan St. Petersburg dijangkiti COVID-19

Doktor dan petugas kesihatan merupakan antara yang paling berisiko dijangkiti COVID-19, apatah lagi barisan hadapan itu kini berhubung secara langsung dengan pesakit tanpa mengetahui keadaan pesakit berkenaan.

Sebuah hospital di St. Petersburg, Rusia mempunyai 32 orang pesakit postif COVID-19, dengan 10 daripadanya merupakan petugas kesihatan.

Ketua Pakar Bedah Tulang Belakang di Institut Traumatologi dan Ortopedik Vreden, Dr. Dmitry Ptashnikov memberitahu, seluruh kakitangan termasuk dirinya kini disahkan positif COVID-19.

"Terdapat 32 pesakit koronavirus di unit kami, dan 10 daripadanya adalah petugas perubatan.

"Ya, anda tidak salah dengar. Kesemua petugas kami kami kini dijangkiti," ujar Dr Dmitry.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

Уважаемые пациенты, друзья, коллеги. В связи со сложившейся эпидемиологической ситуацией из-за COVID-19, НМИЦ ТО им. Р.Р. Вредена временно приостанавливает работу, до особого распоряжения Роспотребнадзора по снятию карантина. В связи с противоэпидемическим режимом изолированы на ближайшие 2 недели. В связи с тем, что другие заболевания никуда не делись, онлайн консультативная деятельность продолжается. Все вопросы в личные сообщения и на электронную почту. Оставайтесь дома и будьте здоровы. #коронавирус #карантин #covid19 #грыжа #больвспине #оставайтесьдома #сколиоз #позвоночник #самоизоляция #covid #эпидемия #пандемия #surgery #neurosurgery #нейрохирургия #ортопедия

A post shared by Dmitry Ptashnikov, MD (@drptashnikov) on

Dr. Dmitry dan unitnya disahkan positif COVID-19 selepas seorang pesakitnya yang baru saja menjalani pembedahan tulang belakang mengalami demam secara tiba-tiba. Setelah ujian saringan dibuat, barulah pasukannya sedar bahawa pesakit itu sudah dijangkiti koronavirus berkenaan.

Sebaran jangkitan itu termasuk ke kontak rapat mangsa dan semua pesakit di wad, jururawat dan doktor.

Dr. Dmitry memaklumkan, hospitalnya dikuarantin sejak 9 April lalu dan majoriti pesakit dan petugas terkandas di hospital.

Individu yang menjalani pembedahan itu pada awalnya tidak disangka merupakan pesakit COVID-19, kerana langsung tidak menunjukkan sebarang simptom.

Laporan pekerja perubatan yang dijangkiti COVID-19 direkodkan hampir setiap hari ketika Rusia sedang berperang menangani virus tersebut.

Minggu lalu sahaja, lebih daripada 200 doktor di Moscow dan St. Petersburg dijangkiti.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan  berapa ramai doktor dan jururawat yang dijangkiti.

Kementerian Kesihatan juga didakwa tidak memberi sebarang maklum balas  slalu terhadap laporan kira-kira 450 petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 dengan 11 doktor dan 5 jururawat disahkan meninggal dunia.