PKP: Dua sekeluarga boleh keluar

PERGERAKAN untuk membeli makanan, ubat, penokok diet dan keperluan harian tidak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman kini dibenarkan membawa seorang ahli keluarga yang tinggal serumah.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat.

Pewartaan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No.4) 2020 berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Dalam pewartaan itu mengikut peraturan kawalan pergerakan, bagi mereka yang perlu mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya juga boleh ditemani orang lain yang dianggap munasabah.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan