PKPD di Asrama Pekerja Westlite

Kuala Lumpur: Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 8 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan berlaku peningkatan kes positif Covd-19 secara mendadak di asrama itu.

Menurutnya, dalam saringan 21 hingga 23 Disember lalu, KKM mendapati 115 orang daripada 3,116 penghuni asrama positif Covid-19 yang mana kesemuanya pekerja warga asing.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di asrama berkenaan.

“PKPD ini akan membabitkan 231 unit rumah dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan