PM Pakistan Imran Khan negatif COVID-19

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan disahkan negatif jangkitan COVID-19. -Gambar fail

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan Imran Khan disahkan negatif jangkitan COVID-19.

Perkara ini diumumkan penasihat kesihatannya Dr Zafar Mirza di akaun Twitter pada Rabu.

"Perdana Menteri Imran Khan jalani ujian SARS-CoV-2 hari ini.

"Dengan rasa sukacita saya umumkan ujian (COVID-19) beliau adalah negatif."

Keputusan menjalankan ujian ke atas Imran Khan dibuat selepas dermawan ternama negara itu Faisal Edhi mengumumkan beliau positif koronavirus tersebut.

Imran Khan dan Faisal Edhi dilapor pernah mengadakan pertemuan enam hari lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Pakistan, jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara itu kini 10,076.