PRK Slim: BN jauh mendahului [Tidak Rasmi]

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim.

7.33 petang: BN secara tidak rasmi mengekalkan kerusi Dun Slim apabila Mohd Zaidi mendahului calon lain dengan majoriti 9,491 undi apabila mendapat 11,352 undi setakat ini. Amir Khusyairi sekadar memperoleh 1,861 undi, Sentharasekaran pula hanya menerima 242 undi.

7.08 petang: Mohd Zaidi semakin jauh meninggalkan calon lain selepas mendahului dengan majoriti 8,358 undi apabila mendapat 9,980 undi setakat ini. Amir Khusyairi sekadar memperoleh 1,622 undi, Sentharasekaran pula hanya menerima 219 undi.

7.03 petang: Mohd Zaidi terus jauh mendahului dengan majoriti 5,944 undi apabila mendapat 7,120 undi setakat ini. Amir Khusyairi ketika ini hanya memperoleh 1,176 undi, Sentharasekaran pula hanya menerima 174 undi.

6.58 petang: Calon BN, Mohd Zaidi mendahului dengan majoriti 4,208 undi apabila mendapat 5,713 undi. Calon Bebas, Amir Khusyairi yang mewakili Pejuang memperoleh 963 undi, manakala seorang lagi Calon Bebas, Sentharasekaran ketika ini hanya menerima 167 undi, lapor SPR.

6 petang: Undian awal telah dikira dan secara tidak rasmi Calon BN, Mohd Zaidi Aziz mendapat 241 undi, manakala Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang memperoleh 11 undi, lapor MalaysiaKini.

PRK Dun Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta bekas guru, S Sentharasekaran, 44 tahun.

PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Mohd Khusairi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.

Pada PRU-14, beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

  • Lagi berita berkaitan PRK Slim