Prof Ungku Aziz sudah tiada

Kuala Lumpur: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Prince Court, di sini, hari ini.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz, 98, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh negara paling disegani.

Sebagai tokoh pendidikan dan ekonomi, Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam.

Antaranya ialah penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains.