Rahmat tika musibah

Melaka: Pandemik Covid-19 memberi rahmat buat penternak ikan talapia merah selepas ternakan mereka di Kampung Lendu di sini, mendapat permintaan tinggi penduduk setempat.

Penternak, Musriadi Ramli, 38, berkata, sangkaannya permintaan ikan air tawar merosot ketika Covid-19 melanda jelas meleset apabila dia menerima tempahan tinggi dari penduduk sekitar daerah ini.

“Saya tidak perlu keluar ke pasar untuk memasarkan ikan berkenaan berikutan hanya perlu melakukan penghantaran ke rumah pelanggan sahaja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan.

“Malah, ada pelanggan datang ke kolam untuk membeli sendiri ikan.

“Saya tidak menduga sambutan hangat komuniti masyarakat setempat. Ini menyebabkan saya terpaksa menolak permintaan pengusaha restoran dan peraih bagi memenuhi tempahan penduduk,” katanya.

Dia yang menjual ikan pada harga RM15 sekilogram mula menternak 7,000 anak ikan talapia selepas menerima bantuan agensi kerajaan termasuk Jabatan Perikanan Daerah Alor Gajah.

Apa yang menarik kolam seluas kira-kira satu ekar itu membolehkan hasil dijual sepanjang tahun apabila dia akan memasukkan tambahan anak ikan setiap tiga bulan.

IKAN talapia diternak Musriadi mampu mencecah 350 gram hingga 500 gram seekor.
IKAN talapia diternak Musriadi mampu mencecah 350 gram hingga 500 gram seekor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan