Rakyat terkandas boleh pulang Khamis ini [METROTV]

PERGERAKAN pulang rakyat yang terkandas di kampung akan bermula 7 Mei dan berakhir 10 Mei ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 500,000 permohonan untuk pulang ke bandar dan bandar ke kampung.

“Kita akan membenarkan rakyat yang terkandas untuk pulang. Justeru PDRM akan sediakan jadual perjalanan mereka.

“Pihak PDRM akan membuat kenyataan media untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai jadual ini. Apa yang boleh saya maklumkan ialah perjalanan bermula Khamis ini iaitu 7 Mei dan berakhir 10 Mei,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

ISMAIL Sabri. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri. FOTO Bernama

Beliau berkata, kakitangan kerajaan tidak perlu tergesa-gesa balik hari ini atau esok walaupun pejabat dibuka Isnin kerana Ketua Setiausaha Negara (KSU) bersetuju mereka tidak perlu mula kerja pada Isnin.

“Mereka boleh balik ke tempat kerja pada hari ditetapkan PDRM. Contohnya mereka pulang pada Jumaat jadi boleh kerja Isnin.

“Sehubungan itu, saya memohon kerjasama syarikat swasta memberi ruang kepada pekerja untuk mulakan kerja berdasarkan jadual polis,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan