Rekod tertinggi, 3,027 positif Covid-19 dengan 8 kematian

Kuala Lumpur: Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,027 kes dan lapan kematian baharu direkodkan.

Memetik laporan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 128,465 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 25,221 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,145 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 102,723 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,021 kes,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, terdapat pertambahan lapan kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 142 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19