Rekod tertinggi baharu lagi, 3,337 kes Covid-19, 15 kematian

Kuala Lumpur: Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan rekod tertinggi baharu apabila mencatatkan 3,337 kes hari ini dengan merekodkan 15 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara meningkat kepada 147,855 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 33,989 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,710 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 113,288 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,330 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,036 diikuti Selangor (1,036), Johor (460), Sabah (389), Kuala Lumpur (257) dan Pulau Pinang (234),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, ada pertambahan 15 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 578 kes.

“Sehingga kini, terdapat 195 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19