‘Saya gagal didik dia jadi isteri mithali’

 

PELAKON dan pengarah, Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43, selepas 17 tahun berkahwin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi, hari ini.

Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami yang melafazkan perceraian itu di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial mengakui reda dan memenuhi permintaan Zamzarina yang menuntut cerai.

“Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.

“Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Sementara itu, Zamzarina selaku plaintif yang diwakili peguam Azmanira [email protected] mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

“Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah. 

“Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.

Manakala, Opie tidak diwakili mana-mana peguam.

Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8.