Saya maafkan semua orang – Nora

Kuala Lumpur: Penyanyi, Nora Ariffin, 47, sudah memaafkan semua pihak yang terbabit dalam isu video bercumbu di antara anak perempuannya, Putri Nor Dahlia dengan seorang remaja lelaki.

Nora berkata, keputusan itu diambilnya selepas mendengar pengakuan semua pihak dan berharap insiden terbabit menjadi iktibar buat semua orang.

“Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan. Saya juga sudah memaafkan semua orang.

“Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama. Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada Allah SWT.

“Buat masa ini, saya hanya berserah pada Allah. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. Insya Allah,” katanya.

Terdahulu, remaja lelaki yang terbabit merakam dan menularkan video bercium dengan anak penyanyi lagu Dendam Dalam Diam itu membuat permohonan maaf menerusi video pendek berdurasi satu minit dua saat di Twitter, hari ini.

Semalam, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan pula mendedahkan pihak keluarga bersedia membawa individu yang menyebarkan video adiknya bercumbu dengan remaja lelaki itu ke muka pengadilan.

Berita berkaitan

• ‘Maafkan saya Puan Nora’

• ‘Saya mengaku video itu anak saya ‘

• Anak Nora nak saman penyebar video adik bercumbu