‘Saya sedia berdamai’ – Asri Janggut

“SAYA sedia berdamai dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tidak mahu mana-mana pihak menyimpan dendam,” kata pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut.

Mohd Asri, 42, berkata, dia sedia berdepan dengan MBSA untuk berdamai dan membuat permohonan maaf.

“Memang ada perancangan saya untuk berjumpa dengan MBSA, saya juga ada membuat kesilapan yang mungkin boleh menyinggung banyak pihak.

“Saya tidak mahu ada pihak yang menyimpan dendam dan bergaduh mengenai isu ini,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia juga sedia untuk memperbaiki diri dan membetulkan seberang kesilapan yang dibuat.

“Kita sama-sama betulkan, sama-sama perbaiki dan sama-sama buat baik untuk negara.

“Selama ini, penjaja kecil tidak diberi perhatian dan hikmahnya kini ia adalah untuk permudahkan urusan semua pihak,” katanya.

Menjelaskan berhubung perniagaannya, Asri berkata, Hot Burger Malaysia adalah perniagaan yang memberi peluang kepada fakir miskin atau orang susah untuk memulakan perniagaan.

“Sejak enam tahun lalu, mereka ini diberikan peralatan percuma, modal permulaan dan gerai untuk membuka perniagaan dan menjual burger.

“Jadi, jika ada mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan kita akan semak, tidak kira di mana termasuk di Sungai Buloh,” katanya.

Pada 8 Ogos lalu, Mohd Asri menggemparkan negara selepas memuat naik dua video siaran langsung yang mendedahkan masih wujud premis perjudian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Berita berkaitan:

  • 4 penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman seminggu [METROTV]
  • Video Asri Janggut: ‘Berani buat, beranilah tanggung’ – KP Selangor
  • Video Asri Janggut: Polis kumpul bukti pegawai lindungi sindiket judi
  • Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM
  • Kita akan pastikan peraturan ditegakkan – Datuk Bandar Shah Alam
  • Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi
  • Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri – Hamzah
  • Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak – Asri Janggut
  • Asri Janggut dakwa ‘ayahanda’ tak puas hati [METROTV]
  • Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN – Hamzah Zainuddin [METROTV]
  • Saya dengar sendiri penjelasan beliau – KPN
  • Saya serah 100 peratus kepada Allah – Asri Janggut
  • SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh
  • ‘Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ’ – peniaga burger [METROTV]
  • ‘Bagus, ada orang berani, ikhlas…’ – KPN
  • Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular
  • Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA