Sembilan maut akibat tertimbus ketika menggali emas di lombong

Operasi mencari dan menyelamat turut berdepan kesukaran memandangkan keadaan cuaca hujan. – Gambar REUTERS

JAKARTA: Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di wilayah Sumatera Barat, Indonesia pada Sabtu.

Jurucakap Firdaus Firman berkata, insiden tersebut berlaku ketika 12 individu sedang menggali emas di lombong terbiar berkenaan.

Katanya, dalam kejadian tersebut, lapan lelaki dan seorang wanita telah turun untuk menggali emas sebelum tertimbus akibat tanah runtuh.

Saksi kejadian kemudian melaporkan kemalangan terbabit kepada pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, mangsa yang merupakan petani melakukan operasi menggali emas tanpa sebarang peralatan perlindungan diri.

Operasi mencari dan menyelamat turut berdepan kesukaran memandangkan keadaan cuaca hujan.

Bagaimanapun, menurut Firdaus, kesemua mayat mangsa berjaya dibawa keluar pagi tadi.

Setakat ini, katanya punca kejadian masih dalam siasatan.